
Thursday, July 26, 2007
Tuesday, July 17, 2007
Thursday, July 5, 2007
Kandang kambing kami
Jawapan yang ditunggu..
En. Bob yang merupakan penternak yang sudah berjaya telah menjawab soalan saya :
(Soalan saya)
Assalamualaikum, pada pandangan encik bob, untuk permulaan dengan kos kami yang kecil, kambing boer ni sesuai ke?ada orang bagi pendapat, bela kambing katchang dulu, bila dah maju..baru boer.alasannya, senang dipasarkan sebab murah dan orang afford beli.tolong encik bob beri pendapat dari pengalaman & kepakaran.terima kasih.
(Jawapan/pandangan En.Bob)
Begini wady..mungkin anda tidak percaya bahawa kami..bermula dengan 10 ekor boer sahaja dan modal termasuk kandang...dalam RM 24,000 hasil duit simpanan...tetapi kerana kami tahu apa yang nak dibuat dan kami tahu siapa target client kami..maka business kami boleh jalan walaupun kecil...tapi tak mengapalah..setiap permulaan memang berbeza antara kita kerana..ianya bergantung sejauh mana resource yang anda, market demand di sekeliling anda, prospek klien anda dan pengurusan yang berhemah. Isu baka bukan lah satu perkara besar..kami nie just fokus kepada baka boer for breeding not slaughtering...tetapi kami juga akan menternak jamnapari,barbados dan domba garut yang terbaru dari indonesia..kenapa? kerana baka2 ini berpotensi untuk menggantikan kambing katjang..kerana pertumbuhan yang cepat...anda harus ingat kalau anda target kambing katjang untuk akikah dan kurban..memang sesuai..tapi anda kaji atau tidak..kambing katjang dewasa cukup umur boleh di akikah berapa bulan?? sekurang2nya 2 tahun bukan? kamu kira kah kos makanan kambing tersebut utk 2 tahun?? dan jual pada harga rata2 RM 400-500...ekonomik kah? sedangkan seekor bebiri barbados blackbelly hanya perlukan setahun untuk capai tahap dewasa dan boleh diakikahkan??..yang mana lebih ekonomi kosnya? analisa cash flow diperlukan untuk membuat keputusan seperti ini..tu yang penting...
Macam kami kami memang jadikan boer breeding sebagai core business..tapi kami juga perlukan cashflow yang bagus...jadi kami ternak baka2 seperti diatas untuk tujuan akikah dan kurban...(jangan dengar cakap orang....sapa nak beli kambing boer untu akikah dan kurban..harga mahal macam lembu!!...ini adalah pandangan yang memang buta ilmu! kenapa tak selidik...ada sesiapa yang setkan bawaha kambing boer di ternak untuk akikah dan kurban?? nonsense..untuk pengetahuan kamu..kamu tahu tak bahawa di australia...chevon..daging kambing boer tu(untuk sembelih)..semuanya diambil daripada boer yang berusia 6 bulan???..6 bulan boer dah besar mana?? silap2 lebih besar dari katjang...so sebenarnya ramai lagi dalam dunia penternakan kambing di malaysia yang tak sedar akan senario ini...so memang nyata orang tak guna boer untuk tujuan akikah...jangan salah faham fakta ni...kecuali memang orang kaya lah...memang dia nak akikah boer...takder masalah juga kan??
so aku rasa kau boleh kaji apa yang aku katakan...tak salah nak bermula dengan katjang..cuma jangan salah faham dalam bab baka boer dan yang lain2 tu....dan jangan pikir pasal kambing jer...tinjanya sebagai baja...konsultansi pada penternak baru...orang pawah kambing kat tempat you...tu semua income untuk kandang kamu...please open your mind...ok tu jer lah..apa2 hal reply lah balik...
(komen saya)
Sememangnya pandangan En Bob, amat bernas & banyak benarnya. Apa pandangan anda?
Subscribe to:
Posts (Atom)



