Tuesday, October 7, 2008

Jualan Adilfitri

Saujana Goat telah menjual 2 ekor kambing semasa Hari Raya baru-baru ini. Kambing pertama adalah penjantan yang berusia 1 tahun 2bulan. Harga jualan amat berpatutan iaitu RM16 sekilogram.Mana dpt harga penjantan muda dengan tawaran sebegini?Kambing kedua pula, ialah kambing betina yang berusia 2 tahun 8 bulan, disembelih dan dijual dagingnye dengan harga runtuh juga iaitu RM16 sekg amat murah berbanding di pasaran. Jika anda berminat, sila hubungi kami.Harga?jgn khuatir..boleh dirunding...




Saturday, September 6, 2008

Jualan Ramadhan

Agrihsan menawarkan anda harga istimewa sempena bulan Ramadhan ini :


1)Boer Kacukan


Jantan
Berat : 19kg
Umur : 7 bulan
Harga : RM650.00

2) Boer Kacukan


Jantan
Berat :20kg
Umur : 7 bulan
Harga : RM650.00


Sila berkunjung ke ladang kami untuk `preview'.

Terima kasih.

Friday, September 5, 2008

Pengumuman!

Assalamualaikum para penternak kambing,

Salam Ramadhan Al Mubarak!

Pihak pengurusan Saujana Putra telah mendaftarkan perniagaan secara rasminya pada 1 Jun 2008, dengan nama Agrihsan Goat Farm & Entreprise (JM 0516355-V). Tetapi, laman blog ini akan mengekalkan nama SaujanaPutra disebabkan ianya telah mendapat banyak link dari bloggers dan peminat industri penternakan kambing.

Friday, May 23, 2008

Anak kambing baru




Kami balik ke kampung minggu lepas. Kasihan melihat mama yang sekarang mengambil alaih tugas2 menjaga hal-ehwal kambing sejak pekerja berhenti awal bulan ni. Keperluan untuk mengambil pekerja asing secara tetap dan full time amat kritikal untuk diuruskan dengan segera. Kami berdoa agar Allah berikan kesihatan kepada mama.Amiin.


14 Mei 2008

2 ekor anak kambing lahir daripada kambing pawah. malangnya seekor mati 2 hari kemudian akibat terpijak dek maknye sendiri. anaknya betina.


16 Mei 2008

2 ekor anak kambing betina lagi dilahirkan, juga daripada kambing pawah. alhamdulillah..okay.


17 Mei 2008

seekor anak kambing Saujana dilahirkan. Ini daripada kambing dara Saujana. First time mother. betina juga anaknya.


Maka, total ada 4 ekor anak kambing baru.


Friday, May 9, 2008

Update!

1) Cacing haemonchus telah mengorbankan 4 ekor kambing Saujana Putra

2) Kambing pawah terbaru (2 ekor induk cross-jamnapari)








3) Kambing kampung induk baru

4) Pekerja sudah beri notis berhenti kerja bermula 8 Mei 2008.

Saturday, April 12, 2008

News update

6 April 2008
2 ekor kambing X jamnapari dihantar oleh pembekal MTZ Ventures. Kambing tersebut dibeli oleh seorang pelabur untuk dipawahkan di bawah sistem pawah Saujana Putra.
9 April 2008
En Murad telah mula bekerja secara part time (sesi pagi 8.00pg-1.00 tgh).

TUGAS-TUGAS :

1)Tukar air minuman kambing yang bersih
2)Masukkan palet ke dalam palung palet.
3)Periksa keadaan kambing, untuk sebarang luka/sakit.
4)Sapu kawasan bawah kandang.
5)Lepaskan semua kambing ke kawasan meragut (berpagar).
6)Sapu kawasan di dalam kandang
7)Tanam rumput napierdi kawasan fodder/ penyelenggaraan kandang
8)Gembala kambing setelah habis tugas di kandang ke kawasan rumput luar pagar.
11 April 2008
Kambing bernama lanjut keguguran 1 bulan.

Friday, April 4, 2008

Kambing untuk dijual

Assalamualaikum pelanggan budiman,

Beberapa ekor kambing berikut sedia untuk dijual :
  • Cross Jamnapari + Anglo Nubian
  • Umur 2 1/2 tahun
  • Betina
  • RM700 (negotiable)


Wednesday, February 27, 2008

Pekerja, Marketing & Anak kambing baru

Dah lama tak update, sebabnya kami sekeluarga pindah KL. Tapi, kandang kambing tak dapat ikut sekali. Sebelum pindah, kami dah edarkan poster "mencari pekerja am". Ramai yang feedback, tapi ramai juga yang demand gaji. Last, dapat sorang student IPT, bersungguh dia nak kerja.walaupun part-time. Tapi tak lama kerja 15 hari aje, dia pun tak larat nak kejar antara belajar dan kerja. Kami tak bersedia nak ambil pekerja asing lagi atas sebab-sebab keselamatan.

So, sekarang..mama & abah la yang terpaksa jenguk kandang di samping khidmat Abg Zul yang diupah untuk potong rumput.

Masalah kedua, marketing untuk kambing ni amat slow.So far, kami baru berjaya jual daging di pasar. Selain tu, jual daging korban ke Hotel. Then, takde apa-apa lagi dah. Ada cadangan lain? Kami dah cuba tanya kedai frozen, tapi depa nak amik 1kg= RM6 sahaja. Macam harga ayam aje?Hotel-hotel kebanyakannya dah tanya, tapi depa suka lagi daging kambing frozen. Walaupun harga yang depa dpt murah RM2 aje daripada kami tawarkan ikut harga pasaran 1kg = RM28.

Jadi...komen anda?

Ini pula gambar 3 ekor anak-anak kambing terbaru yang lahir pada 26 & 28 januari 08. Malangnya seekor dah mati.



Wednesday, January 30, 2008

Anak kambing lagi

Ingatkan kambing yang hitam ni yang beranak, rupanya yang hitam satu lagi. Memang dulu pun org dari Pej Haiwan dah beritahu dua-dua kambing Hitam pun bunting. Sebab tu dia tak berani cucuk ubat kurap. Anak si kurap ni, seekor pula. Selang 2 hari, baru hitam yg seekor lagi beranak.Dapat anak sepasang.



Sarat sangat dia ni. macam kembar 3 aje!



kambing-kambing sedang bersosial di bawah kandang.

Alhamdulillah, semalam pekerja part time dah mula bertugas. Harap-harapnya dia suka kerja ni.