Wednesday, February 27, 2008

Pekerja, Marketing & Anak kambing baru

Dah lama tak update, sebabnya kami sekeluarga pindah KL. Tapi, kandang kambing tak dapat ikut sekali. Sebelum pindah, kami dah edarkan poster "mencari pekerja am". Ramai yang feedback, tapi ramai juga yang demand gaji. Last, dapat sorang student IPT, bersungguh dia nak kerja.walaupun part-time. Tapi tak lama kerja 15 hari aje, dia pun tak larat nak kejar antara belajar dan kerja. Kami tak bersedia nak ambil pekerja asing lagi atas sebab-sebab keselamatan.

So, sekarang..mama & abah la yang terpaksa jenguk kandang di samping khidmat Abg Zul yang diupah untuk potong rumput.

Masalah kedua, marketing untuk kambing ni amat slow.So far, kami baru berjaya jual daging di pasar. Selain tu, jual daging korban ke Hotel. Then, takde apa-apa lagi dah. Ada cadangan lain? Kami dah cuba tanya kedai frozen, tapi depa nak amik 1kg= RM6 sahaja. Macam harga ayam aje?Hotel-hotel kebanyakannya dah tanya, tapi depa suka lagi daging kambing frozen. Walaupun harga yang depa dpt murah RM2 aje daripada kami tawarkan ikut harga pasaran 1kg = RM28.

Jadi...komen anda?

Ini pula gambar 3 ekor anak-anak kambing terbaru yang lahir pada 26 & 28 januari 08. Malangnya seekor dah mati.