Justifikasinya :
- kambingnya sihat & gemuk
- kos yang setara/kompetitif dengan ladang lain
- kos penghantaran Rm100 sahaja
- ada warranty jika kambing jatuh sakit/tidak bunting 3 bulan
- khidmat nasihat
- membekalkan makanan kambing
Kambing yang dibeli adalah :
- 1 ekor penjantan cross boer
- 4 ekor betina cross jamnapari
- 2 ekor betina kacukan
Kambing-kambing masih dalam peringkat penyesuaian di kandang & environment baru. Kelihatan tanda2 stress. Hari pertama, jenuh mengejar kambing yang tak mahu masuk kandang.
Hari ini, saya ke Pejabat Haiwan, mendapatkan konsultasi kesihatan kambing dan membeli ubat-ubat asas untuk perawatan kambing.
Moga, penternakan ini mendapat sokongan semua.

