Friday, August 10, 2007

LAWATAN MUHIBBAH

1.Ladang Musha Heritage, Teluk Intan


Terkejut juga sebab ladang ni rupanya dekat aje dengan tempat kami di Teluk Intan,selalu lalu jalan tu selama ni tapi tak perasan.Sehinggalah diberitahu semasa menghadiri Mesyuarat Peladang Muda, Manjung Selatan. Ada 4 kandang yang bersaiz 20 X50 yang setiap satu memuatkan lebih kurang 400 ekor. Pelbagai jenis kambing : Boer, Jamnapari ,Saanen & Katchang. Pemilik ladang ni, En. Mustafa dah 15 tahun dlm dunia kambing ni amat pemurah untuk berkongsi ilmu & pengalaman


kambing boer yang dpt no 2 semasa pertandingan baru-baru ni. beratnya 100kg!

signboard tersergam tinggi di pintu masuk

Manja sungguh kambing2 ni..

2. Ladang Casserose, Tanah Kebuh, Shah Alam.

Ladang Casserose mempunyai 1 kandang sahaja, kandang transit. Ada kambing feral & boer.Terpegun melihat kandangnya.Penjagaan di dalam kandang memang teliti & bersih. Nak masuk ke kandang pun kena tukar kasut dan pakai selipar yang disediakan. Setiap bilik dlm kandang pula dilabel bagi memudahkan identification. Walaupun, semasa kami sampai pemilik ladang ni tiada, tapi En. Erie & Mahadir sedia ditemubual melalui telefon untuk menerangkan tentang kambing2 yang ada di ladangnya.


signboard casserose yang unik

abir & feral yang asyik makan aje

kambing2 di casserose memang pandai berposing

No comments: