Wednesday, August 22, 2007

KAMBING SAUJANA PUTRA

Saya telah diberikan kepercayaan oleh Pengarah untuk membeli kambing baka. Susah sebenarnya untuk saya membuat pilihan yang tepat, lebih-lebih lagi untuk memenuhi pendapat semua shareholders. Maka , pertamanya saya telah mendapatkan panduan dari Ancho yang mempunyai ilmu semasa mengikuti kursus asas penternakan kambing, kemudian saya telah melakukan survey ke lapan buah ladang kambing. Bukan semua ladang bersedia untuk menjual baka kambing mereka. Pihak Jabatan Haiwan pula, tidak mempunyai baka kambing buat masa ini. Akhirnya setelah mempertimbangkan pelbagai perkara, saya memilih untuk berurusan dengan Musha Heritage (M) Sdn Bhd.


Justifikasinya :
  1. kambingnya sihat & gemuk
  2. kos yang setara/kompetitif dengan ladang lain
  3. kos penghantaran Rm100 sahaja
  4. ada warranty jika kambing jatuh sakit/tidak bunting 3 bulan
  5. khidmat nasihat
  6. membekalkan makanan kambing

Kambing yang dibeli adalah :

  1. 1 ekor penjantan cross boer
  2. 4 ekor betina cross jamnapari
  3. 2 ekor betina kacukan




Kambing-kambing masih dalam peringkat penyesuaian di kandang & environment baru. Kelihatan tanda2 stress. Hari pertama, jenuh mengejar kambing yang tak mahu masuk kandang.


Hari ini, saya ke Pejabat Haiwan, mendapatkan konsultasi kesihatan kambing dan membeli ubat-ubat asas untuk perawatan kambing.


Moga, penternakan ini mendapat sokongan semua.



No comments: